DALAM perjuangan kolektif mencegah kes penipuan, DBS, Mahkamah Singapura (SG Courts), dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) akan menganjurkan acara hackathon yang mencabar peserta untuk menghasilkan huraian kreatif yang membolehkan orang ramai dan syarikat elak dari menjadi mangsa penipuan.
Usaha dilancarkan sedang bilangan kes penipuan di Singapura melonjak lebih 50 peratus, mengakibatkan mangsa kerugian lebih $600 juta tahun lalu. Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam kegiatan penipuan, serta kecelikan siber yang lemah di kalangan mangsa.