BAK pepatah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", Encik Ridhwan Low sedar beliau perlu melakukan semampu mungkin demi mencapai apa yang dicitakan.
Beliau berpegang kuat kepada prinsip tiada apa yang mustahil, meskipun ada sesetengah pihak yang meragui keupayaannya mendapatkan pekerjaan dengan syarikat kereta sports terkemuka seperti yang diimpikan sebaik tamat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).