Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pakar psikiatri pertama di Parlimen ingin tingkat kesedaran kesihatan mental

Pada 24 Julai, Dr Syed Harun Alhabsyi dan Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim telah dilantik oleh Presiden Halimah Yacob untuk berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP) untuk penggal dua setengah tahun. Dua NMP baru Melayu/Islam ini adalah antara sembilan nama yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Berita Harian mewawancara Dr Syed Harun dan Profesor Madya Razwana Begum untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu yang bakal mereka ketengahkan.
Aug 01, 2023 | 04:05 PM



Sudah terdapat ramai peguam, doktor dan jurutera, sama ada dipilih atau dilantik, yang telah berkhidmat di Parlimen.

Namun, tidak pernah ada pakar psikiatri, kata Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, 38 tahun.

Justeru, konsultan psikiatri dan pengarah urusan The Starfish Clinic of Psychiatry & Mental Wellness itu berharap dapat mengetengahkan pengalaman dan pengetahuan profesionalnya untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental di Parlimen.

“Tidak pernah ada pakar psikiatri di Parlimen. Mungkin dalam proses pemilihan, ia juga agak menyerlah bahawa (Jawatankuasa Pilihan) telah menganggap pakar psikiatri itu penting dalam perbincangan.

“Saya harap dapat menambah nilai menerusi kepakaran saya dan memberi sedikit perhatian kepada perbincangan mengenai kesihatan mental dan topik kesihatan secara umum,” kata Dr Syed Harun.

Diperkenalkan pada 1990, skim NMP bertujuan memastikan perwakilan pandangan yang luas di Parlimen, dan calon sepatutnya telah melaksanakan perkhidmatan awam yang cemerlang, membawa penghormatan kepada Singapura atau menonjolkan diri mereka dalam bidang masing-masing.

Bagi penggal baru ini, seramai sembilan calon telah dipilih Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dipengerusikan oleh mantan Speaker Tan Chuan-Jin ketika itu, daripada sejumlah 30 nama yang dikemukakan untuk pertimbangan bagi jawatan NMP.

Bercakap kepada Berita Harian, Dr Syed Harun, yang aktif dalam kerja kemasyarakatan dan khidmat sosial, berkata beliau lebih suka bekerja di belakang tabir untuk membuat perubahan yang memberi kesan.


Namun beliau mulanya agak teragak-agak untuk mengambil peranan sebagai NMP memandangkan platform dan peranan awam yang perlu beliau galas.

“Pada mulanya saya teragak-agak tetapi saya juga sedar bahawa sebagai NMP, saya mempunyai platform dan peluang lebih besar untuk memacu perubahan, untuk mengutarakan lebih banyak pandangan dan dapat berkongsi perkara yang menjadi kebimbangan dalam golongan yang rentan,” katanya.

Bagi Dr Syed Harun, minatnya dalam isu kesihatan mental bermula semasa beliau mengikuti pengajian perubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Minatnya dalam memahami tingkah laku manusia dan keupayaan untuk melibatkan diri dengan orang yang dalam kesusahan mendorongnya untuk mempelajari psikiatri secara profesional.

“Ia adalah sesuatu yang amat saya minati. Ramai orang menganggap psikiatri menarik tetapi tidak semua orang mahu menjadikannya sebagai kerjaya.

“Pada masa itu, dalam masyarakat Melayu/Islam, tiada pakar psikiatri. Saya gembira dapat mendalami bidang yang saya minati dan pada masa yang sama, berupaya untuk memenuhi keperluan dalam masyarakat.

“Jadi saya merasakan bahawa ia bergabung dengan baik ke dalam etos hidup saya sendiri dan apa yang saya mahu lakukan,” kata Dr Syed Harun.

Selain isu kesihatan mental, Dr Syed Harun, yang juga presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan anggota Majlis Belia Kebangsaan (NYC), berharap dapat mengutarakan isu berkaitan pemerkasaan belia dan mobiliti sosial.

Berkongsi pengalamannya sebagai Presiden LBKM, sebuah badan amal yang memberi dermasiswa dan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan, beliau berharap lebih banyak peluang akan diberikan kepada golongan pelajar ini, dan keluarga mereka, untuk membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan.

“Ramai keluarga ini bergelut untuk menampung kehidupan seharian, tetapi kami juga lihat pelajar ini pintar dalam pelajaran. Mereka mempunyai azam untuk mengubah diri dan keluarga mereka, meskipun mereka datang daripada keluarga susah.

“Apabila kita bercakap tentang belia dan mobiliti sosial, saya ingin melihat lebih ramai belia meraih lebih banyak peluang yang sedia ada.

“Bukannya mereka tidak mempunyai intelek atau kemampuan. Tetapi apa yang kadang-kadang mereka perlukan adalah peluang yang adil dan seorang pembimbing untuk menunjukkan mereka ke mana harus mereka pergi,” tambah Dr Syed Harun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >