Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SETULUS KATA

Hapuskan Kompleks Hang Nadim

Demi kemajuan Melayu, generasi senior perlu beri laluan kepada generasi muda
Dec 12, 2013 | 12:33 PM



INGATKAH anda akan tragedi Hang Nadim? Jika tidak, beginilah ceritanya:


Hang Nadim ialah budak lelaki bijak yang berjaya menyelamatkan Temasek, atau kini Singapura, daripada dilanggar ikan todak. Ramai terbunuh akibat serangan itu. Lalu, dia menyarankan kepada pemimpin Temasek supaya mencacak batang pisang sepanjang pesisiran.


Usaha membentengi perairan Temasek itu berjaya menghalang serangan todak kerana muncung todak tersemat dalam batang pisang itu waktu menyerang.
Namun, kejayaan itu dicemburui beberapa pembesar istana. Mereka takut Hang Nadim menjadi ancaman terhadap masa depan mereka dalam istana, yakni bimbang akan berleluasa pengaruh Hang Nadim kelak.


Pembesar-pembesar itu kemudian berjaya meyakinkan pemimpin Temasek agar membunuh Hang Nadim.


Hang Nadim dikatakan berumur hanya tujuh tahun sewaktu dihumban ke laut.


‘DIPANCUNG’ AGAR TIDAK MELANGKAH JAUH


Sedihnya, tragedi Hang Nadim ini sebenarnya masih berlaku dalam masyarakat kita sekarang – hanya caranya sahaja berbeza.


‘Hang Nadim’ atau golongan lebih muda tidak ‘dihumban’ ke laut. Sebaliknya, mereka ‘dipancung’ atau ‘dikudungkan’ agar tidak mampu melangkah jauh.


Disebabkan itu, sekarang kita dengar ada gelaran keadaan sebegitu sebagai Kompleks Hang Nadim.


Julukan tersebut mencerminkan kisah Hang Nadim terdahulu, iaitu orang lebih muda yang ditindas kerana golongan senior rasa terancam. Dia juga dianggap kurang berpengalaman dan terlalu muda untuk memahami apa-apa.


Memang terlalu banyak contoh fenomena Kompleks Hang Nadim yang berlaku di sini. Contohnya, pemilihan pekerja lebih senior untuk melakukan suatu tugasan, walaupun pekerja lebih muda turut setaraf kemahirannya.


Ada juga keadaan apabila pelantikan tokoh dan pemimpin berdasarkan faktor umur, dan tidak dinilai sumbangan penting sebenar yang diberikan sang senior, berbanding si muda yang lebih banyak mencurah bakti.


MASYARAKAT PERLU GOLONGAN MUDA


Harus difahami bahawa seseorang yang lebih muda – tidak kira belia, budak-budak, insan yang baru meningkat dewasa atau rata-rata lebih muda daripada anda – mampu melahirkan fikiran bijak yang boleh membawa kemaslahatan kepada semua jika diterima.


Antara banyak kebaikan ialah golongan lebih muda mempunyai kemahiran dan sangat selesa menggunakan teknologi terkini, mengetahui trend terkini dan sentiasa ingin tahu.


Ciri-ciri sedemikian boleh dimanfaatkan sepenuhnya demi kemajuan sekiranya masyarakat bersedia menerima pendapatnya, mencipta suasana penerimaan yang ikhlas tanpa menghukum dan berprasangka, serta memberi dorongan kepada golongan muda.


Kalau tidak, masakan nenek moyang kita mencipta peribahasa ‘Kecil-kecil cili api, besar-besar limau abung’? Peribahasa ini, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membawa maksud biar kecil, tetapi berani, daripada besar tetapi penakut.


Satu lagi peribahasa, ‘Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa’, ditakrifkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu bagi orang tua saja, bahkan selalu juga terdapat dalam kalangan orang muda.


Nah! Jelas nenek moyang kita akui peranan penting anak muda. Justeru, mengapa masyarakat sekarang memiliki Kompleks Hang Nadim? Lupakah kita akan pesan nenek moyang menerusi peribahasa?


Jika difikirkan bab rezeki pula, golongan senior harus ingat bahawa rezeki setiap makhluk ditetapkan Tuhan, malah akan dicukupkan (surah At-Talaq ayat 2 hingga 3 atau Ayat 1,000 Dinar).


Hakikatnya, tiada yang harus ditamak atau dirisaukan.


Memang diakui jika tiada yang lama, tidak mungkin tercipta yang baru. Antaranya, ‘orang lama’ boleh menurunkan ilmu kepada ‘orang baru’. Jika bukan kerana Alexander Graham Bell yang mencipta telefon, barangkali sukar kita boleh memiliki telefon bijak sekarang.


Namun, pada masa yang sama, orang senior akan pergi, bersara atau pergi selama-lamanya.


BERI GENERASI PELAPIS PELUANG BELAJAR


Jadi, bukankah antara keutamaan sekarang adalah memberi generasi pelapis peluang belajar?


Bukankah kelangsungan sesuatu yang diusahakan lebih baik dijaga, berbanding persoalan siapa yang harus didahulukan atau disanjung?


Golongan muda yang bakal meneruskan warisan sesuatu bidang dan kemajuan masyarakat secara keseluruhannya. Golongan muda juga yang bakal memimpin masyarakat.


Oleh itu, masyarakat harus menghapuskan Kompleks Hang Nadim. Lakukan ini sebelum ‘ikan-ikan todak’ pengunduran masyarakat menikam lagi arus kemajuan.


Lakukan ini sebelum fenomena brain drain atau kekurangan warga intelektual semakin berleluasa dalam masyarakat (sayangnya, ini sudah berlaku kerana ramai anak Melayu kian cenderung bekerja di luar negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >