Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Mahal atau murah? Macam-macam cara boleh didik anak

Dec 15, 2013 | 12:57 PM



MELIHAT ibu bapa muda hari ini sanggup mengeluarkan belanja ribuan dolar untuk memastikan anak kecil mereka mendapat pendidikan awal, seawal usia setahun untuk bermacam-macam jenis kelas termasuk pengayaan, memang mengagumkan.


Mungkin ada yang kata ia satu pembaziran kerana merasakan anak kecil boleh diajar aspek kreativiti dan gaya hidup di rumah oleh anggota keluarga sendiri. Ada juga yang berkata, golongan profesional Melayu termasuk doktor, peguam atau usahawan popular hari ini berjaya tanpa sebarang tuisyen atau program-program khas pedidikan awal.


Maklum, dulu mungkin kita kurang didedahkan dengan kemudahan seperti ini.


Anak zaman dulu terutama yang tinggal di kampung mempunyai alam sekitaran untuk belajar bermacam-macam kemahiran termasuk panjat pokok atau berenang di sungai. Interaksi dengan kawan- kawan sekampung sudah cukup membina keyakinan dalam berkomunikasi. Kalau ada pun kelas-kelas tambahan, ramai yang tak mampu membayar yurannya.


Apa pun tanggapannya, sebenarnya ia tetap mencerminkan perkembangan positif kalangan ibu bapa Melayu kerana bersemangat memberikan yang terbaik kepada anak daripada peringkat awal. Kalau mampu dan mempunyai kelebihan, apa salahnya? Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa muda yang sibuk bekerja dan kurang berpengalaman.


Rasanya lebih baik ibu bapa melabur untuk pendidikan anak, baik untuk perkembangan minda mahupun jiwa daripada berhabis-habiskan untuk gajet mewah. Tentu lebih baik menghantar anak ke kelas yang ada aspek interaktif daripada membiarnya bermain dengan iPad atau tablet elektronik saban hari.


Namun ibu bapa yang tidak menghantar anak ke kelas pengayaan mewah seperti yang ada hari ini, tak kiralah kerana kurang mampu atau sebab tidak berminat, tidak perlu berasa ketinggalan, apatah lagi rasa bersalah.


Bermacam-macam cara lain untuk kita mendidik anak secara peribadi, semampu mungkin.


Terdapat banyak panduan, sama ada menerusi rujukan buku, bengkel atau laman web untuk membantu anak membentuk keperibadian positif daripada peringkat awal.


Kunjungan ke taman-taman yang kaya dengan alam semula jadi membantu membentuk jiwa ihsan dan lembut di kalangan anak.


Mendidik anak menghargai diri sendiri juga penting membina keyakinan mereka. Buku seperti Your Kids Are Listnening: Nine Messages They Need to Hear from You tulisan Jim Taylor merupakan antara cukup baik untuk rujukan.


Antaranya, termasuk melatih anak agar cuba membuat keputusan sendiri (dan jangan takut membuat silap kerana kesilapan memberi mereka peluang memperbaiki diri), memberi mereka peluang membantu kerja rumah agar mereka rasa menyumbang kepada keluarga, menggalakkan mereka meneroka minat mereka. Yang penting, tunjukkan kasih sayang tanpa mengira tahap pencapaian mereka.


Apa pun yang ingin dicapai, kunci utamanya ialah ibu bapa harus rajin dan konsisten dalam menerapkan nilai-nilai yang diinginkan.


Hendak seribu daya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >