Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pengalaman pertama di Naypidaw

Dec 08, 2013 | 12:53 AM



Dengan tetiba dan tanpa sebarang amaran pelawat di dewan ketibaan lapangan terbang di Naypidaw itu diselimuti kegelapan. 


'Blackout!'


Daripada perbualan dengan rakan media dan warga kerja Majlis Sukan Singapura (SSC) yang telah ke Myanmar terlebih dahulu, saya tahu bahawa kejadian 'black-out' memang berlaku di ibu kota Myanmar ini.


Malah, saya telah membuat persiapan untuk menanganinya - bawa lampu suluh ala tanglong yang dibeli isteri dari Mustaffa Centre.


Namun saya sama sekali tidak menyangka ia akan berlaku di lapangan terbang yang luas dan kelihatan serba canggih ini - kurang seminggu sebelum Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-27 bermula.


Dengan tersenyum saya menoleh ke belakang, ke kaunter pengurup wang di mana jurugambar BH, Tukiman Warji, sedang membeli mata wang kyat (disebut cat).


Tanpa menunjukkan perasaan terkejut atau cemas, si pengurup wang itu meneruskan tugasnya – menghitung dan mengenepikan wang untuk Tukiman, sebelum memberinya sesusun wang kertas yang kelihatan tebal.


“Baru tukar $100,” kata Tukiman, separuh merungut dan separuh hairan sambil cuba memuatkan wang itu dalam dompet wangnya.


Nasib baik wang sewa kereta – lebih 1,000,000 kyat – boleh dilunaskan dengan kad kredit, kata saya dalam hati.


Nilai kyat yang rendah menjadikan Myanmar antara tempat yang paling menarik untuk memulakan perniagaan, terutama selepas ia dibebaskan dari pemerintahan militari dan sekatan Barat dua tahun lalu.


Di Myanmar, SGD$1.00 atau 700 kyat boleh memberi secawan teh susu.


Kami keluar dari lapangan terbang untuk bertemu Aung Ming, pemandu kenderaan sewa yang akan menjadi 'pemandu pelancong' kami selama 18 hari di sini.


Beliau membawa kami ke Hotel Myat Nan Yone yang terletak di No.4  Zon Hotel. 


Di Naypidaw, khidmat yang sama atau serupa dikumpulkan dalam satu kawasan – Zon Hotel menempatkan ratusan hotel, sementara Zon Kementerian mengandungi bangunan-bangunan pemerintah. 


Hotel yang dihiasi dengan lampu neon unggu, kuning dan hijau itu mungkin kelihatan gah dari luar, tetapi kami dapati bahawa ia masih belum lengkap dibina.


Jubin lantai masih belum dipasang di sesetengah kawasan dan sekumpulan pekerja sedang bertungkus-lumus membancuh dan mengangkat simen di perkarangan hotel.


Lantainya pula masih bersalut pasir dan wayar biru, perang dan hijau-kuning masih menjalar keluar dari lubang di dinding.


Namun bilik hotel telah tersedia dan pekerja hotel yang membawa saya ke bilik mempelawa saya masuk dengan senyuman manis.


Saya ucapkan terima kasih lalu masuk tetapi "tup", 'Blackout' lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >