MESKIPUN keadaan ekonomi dunia sekarang berada dalam keadaan tidak menentu, para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di serata dunia kelihatannya tetap menunjukkan keyakinan, keazaman dan daya tahan untuk mengharungi kesan ekonomi jangka pendek ke atas perniagaan mereka.
Hasil laporan 'KPMG CEO Outlook 2022' yang diterima Berita Harian baru-baru ini menunjukan, lebih sepertiga atau 73 peratus pemimpin perniagaan ini yakin ekonomi sejagat bagi enam bulan mendatang akan kekal bingkas.