Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pertingkat usaha bangun ulama berfikiran progresif

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



SEJAK sekian lama, Madrasah Aljunied telah berjaya menghasilkan tokoh-tokoh agama yang tersohor lagi di segani kata Ustaz Pasuni Maulan.



Ini termasuk mantan Mufti Singapura, Shaikh Syed Isa Mohamed Semait; Zamil Kehormat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Haji Husin; dan mantan Menteri Ehwal Agama Brunei, Pehin Dr Ustaz Awang Mohd Zain Serudin.



Dari masa ia ditubuhkan pada 1927, madrasah itu telah terus menyumbang kepada pembangunan cendekiawan generasi terkini termasuk Mufti Dr.Nazirudin Mohd Nasir; Timbalan Pengarah di Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy; ketua jabatan dakwah Masjid Jamiyah Ar-Rabitah yang juga naib kadi, Ustaz Muhamad Nuzhan Abdul Halim; pengasas Institut Safinah, Ustaz Mizi Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Belia Islam (MYF), Ustaz Zahid Zin.



Banyak lagi alumni Madrasah Aljunied yang menyumbang kepada kehidupan keagamaan umat Islam dan kepada negara.



Ustaz Pasuni dalam wawancara bersama Berita Minggu baru-baru ini berkata antara matlamat Madrasah Aljunied adalah membangunkan sarjana Islam yang mempunyai fleksibiliti menyesuaikan diri dengan perubahan dunia moden tanpa menjejaskan nilai Islamnya.



Menyentuh tentang salah satu sifat penting bagi asatizah ialah keupayaan berfikiran progresif kata Ustaz Pasuni.



"Meskipun perkembangan dunia semakin pesat, semangat dan kegigihan pelajar itu perlu menjadi refleksi bagi peningkatan dan pembangunannya sendiri," kata Ustaz Pasuni.



Beliau memberi contoh asatizah yang berfikiran progresi seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hashim (1934-2005) dan Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji Mohaamad Milatu (1922-2010) yang semasa hayat mereka telah memberikan sumbangan penting kepada masyarakat Melayu/Islam setempat.



Ustaz Sonhadji misalnya menyumbang sebagai anggota majlis Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Beliau turut memainkan peranan amat penting dalam pembentukan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) membantu individu radikal.



Ustaz Abu Bakar pula berkhidmat sebagai pendaftar di Pejabat Pernikahan dan kemudian menjadi presiden Mahkamah Syariah. Jasanya menyerlah dalam mengatasi kadar perceraian tinggi menerusi kelas bimbingan rumah tangga dan kaunseling/terapi pada akhir 1960-an ekoran tingginya kadar perceraian.



Mengimbas kembali kenangan menuntut di Madrasah Aljunied, Ustaz Pasuni berkata semua pelajaran termasuk mata pelajaran sekular disampaikan dalam bahasa Arab.



"Kesemuanya dalam bahasa Arab. Sehingga subjek Matematik pun dalam bahasa Arab! Oleh itu, kami tidak berpeluang untuk belajar dalam bahasa Inggeris," kata beliau sambil tertawa.



Namun, ini tidak menghalang beliau dan rakan-rakannya untuk cemerlang dalam mata pelajaran yang diadakan ketika itu termasuk Geografi, Sejarah dan Sains.



Memandang ke hadapan beliau berharap lebih ramai asatizah akan dapat meluangkan masa dalam kegiatan masyarakat menjangkau usaha yang dijalankan dalam rangka kerja atau tugas mereka.



"Kesedaran ini perlu disemai, dipupuk dan dikembangkan di kalangan generasi pelapis," ujar beliau. - HAKIM YUSOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >