SAINTIS di sebuah institusi penyelidikan fizik zarah yang terkemuka di Eropah melahirkan minat bekerjasama dengan Singapura, dengan kedua-dua pihak boleh meraih manfaat bersama daripada kerjasama ini.
Pertubuhan bagi Penyelidikan Nuklear Eropah (Cern) yang berpangkalan di Geneva itu melahirkan hasrat bekerjasama dengan negara ini pada masa akan datang dan bekerjasama dengan saintis terkemukanya.