Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Rai trend positif perkahwinan, bina keluarga ceria

Oct 08, 2023 | 05:31 AM



Sedang banyak negara memperlihatkan ramai pasangan hidup bersekedudukan (hidup bersama bagai pasangan suami dan isteri di luar perkahwinan), Singapura boleh menarik nafas lega bahawa rakyatnya masih berpegang pada hidup berumah tangga berteraskan perkahwinan.

Berdasarkan perangkaan, 2022 menyaksikan jumlah perkahwinan pasangan warga Singapura paling tinggi dengan 24,767 perkahwinan warga berbanding 23,433 perkahwinan pada 2021. Malah trend pernikahan dikatakan meningkat dua tahun berturut-turut sejak 2020. Sama ada ia berkaitan dengan berakhirnya pandemik Covid-19 atau ada faktor lain, trend itu satu perkembangan yang baik.

Hidup berteman adalah sebahagian daripada naluri semula jadi kejadian dan pembiakan manusia. Perkahwinan, dengan pelbagai kelebihan berkaitan dengannya, wajar disanjung. Ia adalah langkah pertama dalam membina kehidupan berkeluarga, menyambung, meneruskan dan mengembangkan zuriat.

Sayangnya, sedang trend perkahwinan memberangsangkan, perangkaan kadar kelahiran didapati merosot. Sebanyak 30,429 kelahiran warga Singapura dicatatkan pada 2022, merosot 4 peratus daripada 31,713 pada 2021. Jumlah kadar kesuburan (TFR) warga secara keseluruhan berada di paras terendah – iaitu 1.04 pada 2022 – semakin menurun berbanding 1.1 pada 2020 dan 1.12 pada 2021. Keadaan ini perlu diberi perhatian kerana soal kesuburan ada implikasi dengan masa depan negara.

Data memaparkan penduduk Singapura menua dengan kadar lebih cepat. Laporan oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) menunjukkan golongan ‘baby boomer’ – lahir antara 1946 dan 1964 – kini berusia antara 59 dan 77 tahun. Sorotan Penduduk tahunan pula menunjukkan jumlah warga yang berusia 65 tahun ke atas meningkat dari 11.7 peratus pada 2013 kepada 19.1 peratus pada 2023. Menjelang 2030, sekitar satu perempat atau 24.1 peratus, akan berusia 65 tahun ke atas. Dengan kurangnya kelahiran dan jangka hayat pula lebih lama, Ia menjadikan kadar penggantian semakin tidak seimbang. Implikasi terhadap ekonomi dan kehidupan sosial akan lebih ketara.

Oleh itu, dalam meraikan angka perkahwinan yang bertambah, pasangan juga harus digalak tidak bertangguh untuk mempunyai anak, jika boleh, dengan bilangan anak harus sejajar dengan kemampuan keluarga. Pasangan mungkin ada sebab untuk mengehadkan bilangan anak, atau melambatkan kelahiran, kerana kos hidup meningkat atau atas sebab lain.

Pelbagai insentif bagi menggalakkan kelahiran yang dibentangkan pemerintah awal tahun ini diharap dapat menarik pasangan membina keluarga. Antaranya ialah Hadiah Tunai Bonus Bayi (BBCG) sebanyak $3,000 bagi bayi warga Singapura yang layak dan lahir pada atau selepas 14 Februari 2023; pemerintah mempertingkat Akaun Pembangunan Anak (CDA) dengan menambah Geran Langkah Pertama (FSG) sebanyak $2,000 bagi setiap anak dan had dana pemerintah bagi pemadanan ditambah $1,000 bagi anak pertama dan kedua yang layak, dan lahir pada atau selepas 14 Februari 2023; cuti bapa digandakan kepada empat minggu daripada dua minggu bagi bapa yang layak, dan anak mereka lahir pada atau selepas 1 Januari 2024.

Dalam meraikan trend perkahwinan yang lebih positif dan menawarkan insentif membina keluarga, beberapa perkara harus diberi perhatian juga – bagaimana membina keluarga bahagia, mengekalkan perkahwinan dan mengurangkan perceraian. Kebahagiaan rumah tangga bergantung pada banyak unsur termasuk kasih sayang dan persefahaman yang berpanjangan, kewangan yang mantap, komunikasi yang baik dan hidup berpandukan sikap positif.

Program persediaan berumah tangga wajar disemak dari ke masa, mengambil kira konteks kehidupan hari ini, bagi memastikan ia berkesan dalam memandu pasangan membina rumah tangga bahagia dan bermakna. Aspek kebahagiaan rumah tangga ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkepentingan. Rumah tangga yang bahagia dan ceria secara semula jadi mempunyai kaitan dari segi kesediaan berumah tangga, mengembangkan zuriat, mampu menghasilkan kadar TFR baik dan implikasi lanjut masa depan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >