UMUMNYA, orang ramai mengerti kesihatan mental yang tertekan bukan hanya akan menjejas mutu kehidupan tetapi juga kesihatan jasmani, keperibadian dan keberdayaan seseorang.
Ia berbeza dengan kesihatan mental yang baik, yang boleh membantu seseorang individu memanfaatkan sepenuh potensi, boleh menyerap tekanan kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.