Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sedih nama isteri dipadam dari senarai jemaah menunggu HAJI

Nov 26, 2013 | 12:21 PM



PADA November tahun lalu, saya telah  ke  pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memohon agar isteri saya dapat disertakan dalam senarai jemaah haji tahun ini  kerana dia telah menunggu selama 12 tahun tanpa mendapat sebarang surat undangan. 


Pendaftaran  mengerjakan ibadat haji telah dibuatnya pada 2001 ketika sistem kuota diperkenal oleh kerajaan Arab Saudi.


Itu satu penantian dan harapan yang cukup lama.   Tetapi apabila saya ke pejabat Muis pada 5 November lalu, pegawai bertugas berkata nama isteri saya telah dipadam daripada senarai jemaah yang  menunggu.


Tentulah saya dan isteri berasa sedih dan kecewa.  Saya ingin bertanya kepada Muis,  mengapa nama isteri saya dipotong daripada senarai menunggu tanpa kami diberi sebarang surat pemberitahuan.


Apakah kriteria yang digunapakai  untuk memotong nama seseorang jemaah daripada senarai menunggu?


Lebih sedih lagi pegawai tersebut menyarankan agar isteri saya membuat pendaftaran baru dan menunggu hingga 2023, dengan dikenakan bayaran pendaftaran baru  yang lebih tinggi. Apakah bayaran pendaftaran lama hangus begitu saja?


Ini bererti isteri saya harus menunggu selama 22 tahun. Sekalipun jika dipanjangkan umur,  besar kemungkinan isteri saya   tidak mampu mengerjakan ibadah haji ketika itu memandangkan umurnya sudah mencecah 60 tahun  sekarang. 


Saya  harap Muis dapat memberi penjelasan dan penyelesaian memuaskan.


 


DAHLAN YUSOFF 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >