BEZANYA suasana Ramadan tahun ini dan dua Ramadan lalu ibarat langit dan bumi, kata ketua pegawai operasi rangkaian kafe dan restoran, The Black Hole Group, Encik Sufi Hassan.
Suasana lebih rancak dapat dilihat tahun ini dengan lebih ramai orang yang berbuka di kafe dan restoran kumpulan itu yang termasuk Afterwit, Tipo, dan The Great Mischief.