Semoga isu premium tidak menghambat MediShield Sepanjang Hayat

SASARAN yang ditetapkan bagi Jawatankuasa MediShield Sepanjang Hayat memang mencabar. Mereka perlu memastikan perlindungan perubatan mencukupi bagi semua warga Singapura - tanpa mengira usia dan status kesihatan semasa mereka - dan pada premium yang dimampui. Usaha pemerintah meluaskan perlindungan insurans kesihatan negara memang baik memandangkan kos kesihatan di Singapura terus meningkat. Ini terutamanya bagi masyarakat Melayu/Islam sendiri kerana bilangan mereka yang menderita penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis lebih tinggi daripada kaum-kaum lain. Premium tidak harus menghambat usaha itu.

Antara saranan yang dipertimbang ialah premium yang didahulukan, iaitu warga lebih muda dikenakan premium lebih tinggi yang dikurangkan apabila mereka meningkat usia. Ada pihak mungkin mempersoal langkah 'pemindahan kekayaan' daripada golongan muda kepada lebih tua bagi memastikan premium dimampui pada kemudian hari. Dalam hal ini Pemerintah mungkin perlu membiayai sebahagian kos premium lebih tinggi ini sebagai satu tanggungjawab sosial. Warga Singapura pula tidak boleh mengharap perlindungan sepanjang hayat pada kadar premium yang tidak realistik.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.