BAGI bekas penyerang dan kapten kelab Tottenham Hotspur, Teddy Sheringham, bola sepak bukan sekadar sukan berpasukan yang 'biasa-biasa', tetapi punya 'bahasa' tersendiri yang diminati dan dihargai masyarakat sedunia.
Selain itu, ia juga sejenis sukan yang memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk cuba dan berjaya.