Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sistem cukai lebih adil demi merapat jurang pendapatan

Nov 26, 2013 | 12:21 PM



MENURUT satu laporan Credit Suisse bulan lalu, Singapura mempunyai 174,000 jutawan. Jika diukur mengikut jumlah penduduk, bilangan hartawan berharta bilion dolar di negara ini keempat paling tinggi di dunia. Namun, jurang pendapatan semakin melebar dan antara yang tertinggi di dunia. Ia bermakna ekonomi semakin tumbuh tetapi kekayaan lebih banyak dinikmati golongan kaya daripada golongan pertengahan dan rendah. Gaji golongan rendah dan pertengahan tidak berkembang berbanding harga barangan.


Oleh itu, wajar bagi pemerintah menimbangkan satu sistem cukai progresif bagi membantu golongan pertengahan dan rendah. Ia adil kerana mengenakan cukai berdasarkan kemampuan - golongan lebih mampu membayar cukai lebih tingggi daripada golongan kurang mampu. Mentelah ini boleh membantu mencegah jurang pendapatan daripada terus melebar, yang boleh membawa kepada kelas sosial atau lapisan dalam masyarakat hingga mencetus rasa cemburu dan marah serta menjejas perpaduan. Sistem yang berada membantu yang susah menggalak keharmonian dalam masyarakat.


Namun, kadar cukai pendapatan tidak harus terlalu membebankan golongan pendapatan tinggi. Ini juga boleh mencetus rasa marah, bukan terhadap pihak berkuasa saja, bahkan golongan rendah. Malah, ia boleh mendorong hartawan setempat meninggalkan negara ini. Selain itu, ia boleh membuat negara ini kurang menarik sebagai tempat untuk bekerja dan menghalang usaha mengekalkan atau menarik bakat.


Daya saing juga boleh terjejas jika majikan terpaksa menawarkan gaji lebih tinggi, mengakibatkan kos naik, bagi mengimbangi kadar cukai tinggi.


Selasa, 26 November 2013




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >