Dua pelajar Politeknik Nanyang (NYP), yang merupakan antara pelajar terbaik dalam kursus mereka, berkongsi cabaran yang dihadapi oleh mereka serta cara mereka mengatasinya dan membuat keputusan yang sukar serta mengambil jalan yang kurang dilalui untuk memperoleh pengalaman berharga. BERITA HARIAN menemu bual kedua-dua pelajar yang baru menerima diploma mereka dalam majlis konvokesyen NYP minggu lalu.
MENGGUNAKAN kegagalan sebagai peluang kedua dan motivasi untuk berjaya mencapai impiannya.