Tambah bersemangat dapat bersemuka belajar agama
Premium
Tambah bersemangat dapat bersemuka belajar agama
Tiga keluarga dengan warga senja alu-alu langkah benarkan semula asatizah adakan semula kelas agama secara bersemuka di rumah
Feb 7, 2021 | 5:30 AM
Tambah bersemangat dapat bersemuka belajar agama
Had jumlah perhimpunan seramai lapan orang kini dibolehkan di rumah sedang langkah pengurusan keselamatan dilonggarkan dalam Fasa Tiga. Ini bermakna asatizah kini boleh mula menawarkan kelas-kelas di rumah. Walaupun kelas di ruang maya kini menjadi pilihan utama, kededua asatizah dan pelajar menghargai peluang bersua muka dan berinteraksi sambil menuntut ilmu.
CIK Siti Zulaiha Mohd Erf`an sudah lama berniat mahu menghadiri kelas agama bersama anak-anaknya secara fizikal namun pandemik Covid-19 menjejas rancangannya memandangkan kebanyakan kelas berpindah ke dalam talian.


