Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

HIKMAH RAMADAN

Tuhan ringankan kesulitan orang keluarkan zakat, bantu orang dalam kesusahan

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



SEORANG Mukmin perlu peka akan situasi dan keadaan di sekitarnya, apatah lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu dalam era Covid-19.



Sebahagian individu mungkin berhadapan keadaan sukar dan mereka yang berkemampuan perlu bermurah hati untuk membantu golongan memerlukan dari segi emosi dan fizikal.



Dalam keadaan sebegini, zakat adalah antara instrumen yang dapat mengukuhkan dan membina daya tahan masyarakat Islam, ujar seorang anggota bersekutu Jawatankuasa Fatwa, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, dalam tazkirah Hikmah Ramadan yang disiarkan di radio tempatan baru-baru ini,



"Zakat disyariatkan sebagai ibadah wajib dan merupakan salah satu tiang agama lantaran pentingnya peranan zakat dalam memastikan bahawa mereka yang memerlukan tidak diabai dalam masyarakat.



"Pernah suatu ketika saya bertemu sebuah keluarga ketika kami menjalankan pembahagian makanan buka puasa. Kami berikan sebungkus nasi ayam untuk setiap orang dalam sebuah rumah.



"Saya terdengar teriak gembira seorang anak kecil, berkata "yeay, ibu dah lama kita tak dapat makan ayam kan, selalu asyik makan nasi dengan kicap je.'



"Dalam satu lagi peristiwa, saya terdengar anak kecil bersorak gembira kerana dapat makan kenyang setelah beberapa bulan terpaksa berbahagi nasi yang sedikit dengan adik-beradik yang ramai.



"Tatkala kita menghilangkan kelaparan dan dahaga kita, jangan kita lupakan nasib mereka yang memerlukan.



"Jangan bimbang, Nabi saw, yang tidak pernah berbohong dan hanya berkata yang benar, menjanjikan dalam hadisnya tidak akan berkurangan harta seorang hamba gara-gara sedekah,'' kata Ustaz Irwan Hadi.



Dengan kesan pandemik Covid-19 ke atas ekonomi dan kewangan, individu dan keluarga semakin terasa, ujar beliau lagi. Oleh itu, beliau menyeru umat Islam tampil membantu jika mata pencarian saudara-mara dan sahabat handai terjejas.



Ustaz Irwan Hadi berkata orang Islam harus meringankanlah kesulitan orang lain semampu mungkin kerana Nabi saw berjanji dalam sebuah hadis riwayat oleh Imam Al-Baihaki bahawa sebagai ganjaran Allah akan menolong orang yang membantu di dunia dan juga di akhirat.



"Apabila kita mengeluarkan zakat dalam keadaan tidak mengetahui penerimanya, kita tidak tahu betapa sumbangan kita, yang mungkin nampaknya sedikit pada kita, sebenarnya dapat membawa kegembiraan dan, lebih penting lagi, kelegaan kepada saudara-mara kita pada bulan mulia ini.



"Marilah kita bersama pada bulan mulia ini menghimpunkan amal-amal afdal dengan berzakat, bersedekah, berpuasa, membantu yang memerlukan dan sebagainya. Mudah-mudahan, sepertimana kita meringankan kesusahan dan kesulitan saudara kita, Allah swt akan meringankan kesulitan kita di dunia dan juga di akhirat,'' kata Ustaz Irwan Hadi.



Beliau menambah bahawa agama Islam adalah agama kemanusiaan, misalnya ibadah puasa yang bertujuan, antara lain, mengingatkan bahawa mereka yang mempunyai kelebihan tidak harus membiarkan saudaranya yang kekurangan terus berada dalam kesempitan, kesusahan dan kelaparan.



Ini sebabnya Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw dalam Surat Al-Taubah ayat 103, bermaksud: "Ambillah sebahagian daripada harta mereka, wahai Muhammad agar menjadi sedekah atau zakat supaya dengannya engkau dapat membersihkan mereka daripada dosa dan mensucikan mereka daripada akhlak buruk."



"Saya yakin kebanyakan kita sudah pun menyediakan hidangan dan minuman yang akan menghilangkan dahaga dan lapar yang kita rasakan sepanjang hari.



"Namun, ebelum kita menghilangkan rasa lapar dan dahaga kita dengan hidangan mengasyikan, ambillah masa sejenak untuk bermuhasabah akan rasa lapar dan dahaga yang sedang kita rasakan.



"Ketika kita akan dapat merasakan nikmat menghilangkan lapar dan dahaga, masih ada saudara kita di luar sana atau, mungkin jiran sebelah kita atau keluarga terdekat kita, akan kekal lapar meskipun azan maghrib sudah berkumandang.



"Itulah antara tujuan kita disuruh berlapar dan dahaga, supaya kita tidak lupa saudara-mara dan jiran tetangga yang sedang kesusahan dan kelaparan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >