Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ujian runcing politik Thailand tercetus lagi

Nov 28, 2013 | 11:56 PM



MASUK dua tahun dalam keadaan mantap dan pertumbuhan yang teguh, kini kerajaan Perdana Menteri Cik Yingluck Shinawatra dicengkam cabaran genting. Undi tidak yakin di parlimen dan protes mengepung bangunan kementerian di ibu kota Bangkok tampak boleh melumpuhkan Thailand.


Kelantangan gerakan baju kuning turut disertai pembangkang utama, Parti Demokrat, yang bertekad menumbangkan kerajaan campuran majoriti Parti Puea Thai. Apakah ada huraian berkesan?


Ternyata gerakan pembangkang baju kuning sudah tidak tahan lagi dengan tindak tanduk kerajaan Yingluck yang didakwa menurut telunjuk abangnya dan mantan PM Thai, Thaksin, yang bersuaka sendiri sesudah didapati bersalah menyalahgunakan kuasa oleh mahkamah Thailand. Cara PM Yingluck cuba mendesak parlimen meluluskan akta yang memberi keampunan kepada pesalah seperti abangnya bak 'cacing naik ke mata' pihak pembangkang. Namun Mahkamah Perlembagaan Thailand telah menolak tuntutan pembangkang agar Parti Puea Thai dibubarkan atas dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya.


Jelaslah politik dendam berulang lagi di Thailand. Perpaduan rakyatnya kian lemah. PM Yingluck boleh mengerahkan penyokongnya, Gerakan Baju Merah, tetapi ini akan memburukkan keadaan. Ertinya, campur tangan tentera boleh berlaku bersama tindakan Raja Bhumibol Adulyadej demi mengatasi gejolak ini.


Namun padahnya kian ketara - industri pelancongan pasti terjejas dan keyakinan pelabur dalam dan luar negara juga terhakis. Potensi Thailand untuk menjadi negara maju terbantut lagi. Tanpa kemantapan politik dan pertumbuhan ekonomi, laluan Thailand akan terus sukar.


Khamis, 28 November 2013




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >