SEPULUH individu yang telah meninggalkan kesan dan menjadi sumber inspirasi masyarakat telah dipilih sebagai pemenang dalam kempen #InspirasiSg.
Mereka yang terdiri daripada berbagai latar belakang, telah dipilih daripada 350 pencalonan yang diterima dalam kempen itu, sejak 17 Jun lalu.
Para individu itu terpilih kerana masing-masing memiliki perjalanan dan pengalaman hidup, yang telah memberi inspirasi kepada anggota masyarakat lain.
Para pemenang itu telah menerima hadiah dan sijil penghargaan daripada Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam majlis penutup kempen #InspirasiSG, di Wisma Geylang Serai, tadi.