10 kursus lanjutan bagi siswazah politeknik kekal relevan dalam industi

MULAI Oktober tahun ini, para siswazah politeknik boleh mengikuti 10 kursus sijil posdiploma lanjutan bagi memastikan mereka dapat kekal relevan dalam industri yang diceburinya.

Kursus-kursus tersebut merangkumi kursus operasi limbungan kapal hingga kepada kursus analitis data, demikian diumumkan oleh Menteri Negara (Pendidikan), Cik Indranee Rajah di majlis tamat pengajian Politeknik Temasek hari ini, Isnin.

Kursus-kursus yang dipertingkatkan itu bertujuan untuk membantu para siswazah meningkatkan dan menyegarkan semula pengetahuan dan kemahiran mereka dalam industri masing-masing.

Mereka diperkenalkan sebagai sebahagian daripada SkillsFuture, sebuah usaha nasional menggalak para pelajar dan pekerja membangunkan kemahiran-kemahiran khusus dan yang relevan dengan industri.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.