Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100 kumpul dalam acara berbasikal sebar mesej ‘Dadah Itu Haram’

Jun 18, 2023 | 09:07 PM



Lebih 100 orang, kebanyakannya belia, berkumpul di Masjid An-Nur pada pagi Ahad untuk berbasikal dengan harapan menyebarkan mesej ‘Dadah Itu Haram’.

Acara ‘Dadah Itu Haram Youth Ride 2022’, dianjurkan Masjid An-Nur dan Ride of Hope SG bagi menyokong usaha memerangi penagihan dadah.

Seawal 8 pagi, ramai peserta mula tiba ke masjid yang terletak di Admiralty itu dengan basikal dan bertopi keledar untuk memulakan acara.

Turut serta ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menurut Dr Faishal, masjid kini memainkan peranan penting sebagai institusi dalam menyebarkan maklumat penting selain daripada isu agama.

“Ramai dalam kalangan masyarakat kita kini pergi ke masjid untuk menerima bantuan sosial, kemasyarakatan dan sebagainya kerana mereka rasa lebih dekat dan selesa di masjid-masjid kita.

“Oleh itu, ia memberi peluang kepada masjid-masjid kita memainkan peranan lebih besar dalam usaha menjauhkan masyarakat daripada penggunaan dadah melalui kempen ‘Dadah Itu Haram’,” kata Dr Faishal.

Katanya, usaha rangkaian sokongan daripada badan-badan Melayu/Islam (MMO), masjid-masjid dan lain-lain telah menunjukkan hasil yang baik dengan lebih ramai menyertai program yang diadakan seperti ini.

“Ramai yang kita dekati hari ini merupakan muka-muka baru.

“Ini menunjukkan bahawa usaha pendekatan kami bersama masyarakat semakin luas dan ia juga bermakna mesej ‘Dadah Itu Haram’ juga disebarkan dan lebih ramai yang mengetahui tentang kempen itu,” jelasnya sambil melahirkan perasan gembira ramai yang berkumpul meskipun cuaca hujan.

Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Juraiman Rahim, ini merupakan kali pertama masjid itu menjalankan kegiatan seperti itu.

Pada pagi Ahad, peserta berbasikal sejauh tujuh kilometer dari Masjid An-Nur hingga ke Woodlands Waterfront dan kembali ke masjid itu.

Sesi tazkirah turut diadakan untuk mengingatkan para peserta tentang kesan buruk dadah dalam masyarakat dan menjauhi diri daripada dadah.

Walaupun cuaca hujan ketika peserta berbasikal, Encik Juraiman berkata ia tidak menghalang peserta untuk menikmati acara tersebut.

“Ia telah memberi kami lebih semangat dan ceria untuk menyebarkan mesej.

“Hujan ini diibaratkan rahmat yang diberikan Allah semasa majlis ini,” katanya.

Beliau turut melahirkan harapan agar dapat terus bekerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) dan rakan kongsi seperti Ride of Hope SG untuk mengadakan lagi program sebegitu pada masa akan datang.

Selain daripada menyebarkan mesej ‘Dadah Itu Haram’, acara berbasikal itu turut merupakan peluang baik bagi menggalak gaya hidup sihat dan menjalinkan hubungan rapat dalam kalangan belia.

Antara peserta yang mengikuti acara tersebut adalah Encik Niqhil Julio Nazri, 19 tahun.

“Saya rasa program seperti ini baik kerana ia menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kegiatan seperti berbasikal semasa masa luang berbanding mengambil dadah yang sebenarnya haram.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada saya dan adik-beradik saya untuk meluangkan masa bersama dan mengikat silaturahim yang lebih erat,” katanya yang berbasikal bersama dua lagi adik-beradik dan ibunya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >