HAMPIR 10,000 peserta termasuk atlit Team Singapore dan beberapa selebriti tempatan telah mengambil bahagian dalam acara larian terbesar Singapura, 'Run For Hope', di OCBC Square, Hab Sukan Singapura semalam.
Acara menyambut ulang tahun ke-25 dan diadakan bagi memupuk kesedaran serta penyelidikan penyakit barah berjaya mengumpul dana sebanyak $1.5 juta bagi Dana Penyelidikan Pusat Barah Nasional Singapura.