Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

105 diberkas CNB dalam operasi tiga hari

Oct 17, 2014 | 03:43 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah memberkas 105 suspek - dipercayai pesalah dan pengedar dadah - hasil dua operasi antidadah selama tiga hari berakhir hari ini.


Operasi ini yang turut melibatkan penglibatan polis, dilakukan di pelbagai tempat termasuk, Bedok, Boon Lay, Bukit Batok, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Jurong, Pasir Ris, Tampines, Woodlands dan Yishun.


Hasil daripada serbuan pertama yang dijalankan, seramai 93 penyalahguna dadah dan enam yang disyaki sebagai pengedar dadah telah diberkas.


Selain itu, sekumpulan anggota CNB turut menjalankan satu operasi berasingan semalam dan memberkas enam pesalah dadah - terdiri daripada dua wanita dan empat lelaki, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 38 tahun, dan merampas sejumlah dadah daripada operasi ini.


Secara keseluruhannya, 105 suspek telah diberkas dan dadah yang dirampas termasuk jenis heroin, dadah tiruan 'Ice', pil khayal 'Ecstasy', pil tidur Erimin-5 dan sejumlah kecil ganja.


Kesemua dadah ini ditaksirkan bernilai lebih $62,000.


Siasatan sedang dijalankan ke atas semua suspek yang diberkas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >