KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan memperuntuk $10 juta bagi membiayai penyelidikan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran inovatif di institusi pengajian tinggi.
Diberi nama Dana Penyelidikan Pengajian Tinggi, ia boleh dimanfaatkan penyelidik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti tempatan, umum Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, semasa merasmikan persidangan mengenai pengajian tinggi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) semalam.