11 anggota sindiket judi dalam talian jutaan dolar diheret ke mahkamah

SERAMAI 11 suspek sindiket judi dalam talian bernilai jutaan dolar didakwa di mahkamah pada Selasa (29 Nov).

Sembilan lelaki dan dua wanita itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Judi Jarak Jauh atau Akta Rumah Perjudian.

Mereka akan ditahan reman selama seminggu di Divisyen Polis Central bagi membantu siasatan.

Kes mereka akan disebut semula pada 6 Dis.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Nov), polis berkata lebih 30 suspek terlibat dalam perkhidmatan judi jaram jauh terlarang ditangkap pada Ahad, berikutan salah satu operasi terbesar polis terhadap sindiket jenayah.

Sindiket judi itu mempunyai 36 hartanah dengan anggaran nilai kira-kira $39 juta dan $6.5 juta dalam akaun bank, kata polis.

Seramai 24 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 24 dan 69 tahun ditahan selepas pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis menjalankan serbuan serentak seluruh pulau.

Serbuan dijalankan di lebih 30 lokasi, dari Choa Chu Kang hingga Tampines.

Polis merampas wang tunai kira-kira $1.3 juta, pelbagai komputer, telefon bimbit, mesin faks dan dokumen, termasuk rekod pertaruhan.

Polis juga telah memulakan tindakan membekukan akaun bank suspek, wang tunai kira-kira $6.5 juta, dan 36 hartanah yang dianggarkan bernilai $39 juta.

Sindiket itu menjalankan beberapa laman web perjudian haram bagi pertaruhan loteri dan lumba kuda, kata polis.

Ia mempunyai rangkaian ejen dan pelanggan melalui laman webnya. Para suspek itu dipercayai menerima taruhan berjumlah lebih $2 juta pada Oktober.

Ia mempunyai rangkaian ejen dan pelanggan melalui laman webnya. Para suspek itu dipercayai menerima taruhan berjumlah lebih $2 juta pada Oktober.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan dan Risikan) merangkap pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), ACP Tan Chye Hee, berkata ia operasi besar pertama polis terhadap kumpulan jenayah tersusun sejak Akta Jenayah Tersusun digubal.

Akta itu diluluskan di Parlimen tahun lepas dan berkuatkuasa mulai Jun.

Sesiapa yang didapati bersalah menjadi anggota kumpulan jenayah tersusun tempatan boleh didenda hingga $100,000 dan/atau dipenjara hingga lima tahun.

Mereka yang didapati bersalah mengendalikan perkhidmatan judi jarak jauh berpangkalan di Singapura boleh didenda antara $20,000 dan $500,000 dan/atau dipenjara hingga tujuh tahun.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730