11 AP berucap di sidang khas Parlimen

SERAMAI 11 Anggota Parlimen (AP) akan memberi penghormatan mereka kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew di satu persidangan Parlimen khas lusa (Khamis) bermula 4 petang.

Speaker Parlimen Halimah Yacob akan membuat ucapan pembukaan sebelum para anggota Parlimen membuat ucapan masing-masing.

Para AP yang akan berucap termasuk Menteri Pertahanan dan Ketua Dewan Dr Ng Eng Hen yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh; Encik Mr Seng Han Thong (GRC Ang Mo Kio); Encik Low Thia Khiang, yang merupakan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) dan AP GRC Aljunied; mantan Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik Wong Kan Seng (AP Bishan-Toa Payoh); Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Encik Thomas Chua Kee Seng; Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (CRG Tampines); Encik Vikram Nair (GRC Sembawang); Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan, Cik Sim Ann (GRC Holland-Bukit Timah); NMP Cik Chia Yong Yong; Encik Christopher de Souza(GRC Holland-Bukit Timah); serta Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Pendidikan), Cik Indranee Rajah (GRC Tanjong Pagar).

Tempoh bertafakur selama seminit akan diadakan selepas penyampaian penghormatan berlangsung.

Selepas persidangan khas itu, kesemua AP termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan memberi penghormatan kepada mendiang Lee.

Masuk ke persidangan khas itu hanya untuk tetamu jemputan sahaja.

Mereka terdiri daripada para kakitangan awam, pemimpin lama Singapura, aktivis pergerakan buruh, pemimpin akar umbi, pelajar, warga Singapura terdiri daripada pelbagai pelusuk latar belakang, dan pihak media.

Para hadirin akan memakai riben hitam sebagai lambang di acara tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.