Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12 AP sertai perhimpunan parlimen Asean di Jakarta

Aug 06, 2023 | 05:47 PM



Rombongan 12 Anggota Parlimen (AP) yang diketuai Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman sedang menghadiri Perhimpunan Agung Ke-44 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang berlangsung dari 6 Ogos hingga 9 Ogos di Jakarta, Indonesia.

Dalam kenyataannya, Parlimen Singapura berkata Encik Fahmi akan menyampaikan kenyataan di Sesi Pleno Pertama Perhimpunan Agung tersebut.

Beliau juga dijadual bertemu Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, Dr Puan Maharani, yang juga Presiden AIPA ke-44, selain beberapa pemimpin parlimen lain.

Tema Perhimpunan Agung AIPA ke-44 ialah “Parlimen Responsif untuk ASEAN yang Stabil dan Sejahtera”.

“Anggota parlimen Asean akan berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan sedunia yang mempunyai kepentingan politik, ekonomi, sosial dan budaya di Asia Tenggara,” menurut kenyataan itu.

Sebelas AP yang berada dalam rombongan itu adalah Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten), Cik Foo Mee Har (GRC West Coast), Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio), Encik Vikram Nair (GRC Sembawang), Encik Henry Kwek (SMC Kebun Baru), Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar), Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon), Encik Shawn Huang (GRC Jurong), Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris – Punggol), Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) dan Encik Raj Joshua Thomas yang merupakan seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >