12,000 flat ditawar dalam 'pelancaran mega' pada November

DUA projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) terakhir tahun ini akan digabungkan menjadi sebuah "pelancaran mega" pada November.

Ini bermakna sejumlah 12,000 flat baru akan dijual bulan itu, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, dalam satu pos blog pada Rabu (23 Sep).

Sebanyak 7,000 daripada jumlah itu ialah flat BTO di enam estet - Bidadari, Punggol Northshore, Bukit Batok, Choa Chu Kang, Hougang dan Sengkang.

Daripada jumlah ini, kira-kira 2,100 flat akan dilancar di Bidadari dan 2,700 di Punggol Northshore.

Baki 5,000 dijual di bawah Jualan Baki Flat, iaitu flat tidak terjual semasa BTO lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.