PETISYEN dalam talian untuk menamakan semula Lapangan Terbang Changi sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Lee Kuan Yew (LKY) telah diserahkan kepada Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew dengan sekitar 12,500 tandatangan semalam.
Tandatangan itu didapatkan antara 25 Mac dengan 30 Mac lalu, menurut penganjurnya, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Remembering LKY".
"Menteri Lui mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong usaha ini untuk menyarankannya.
"Beliau akan membawa usulan itu kepada pemerintah untuk pertimbangan," kata penganjurnya di laman petisyen tersebut change.org, semalam.