SEBANYAK 13 keping gambar hasil kerja wartawan foto akhbar The Straits Times (ST) serta 145 gambar yang menang dalam peraduan berprestij World Press Photo 2015 dipamerkan di pameran World Press Photo.
Acara tersebut dirasmikan Setiausaha Parlimen (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng, petang semalam di Muzium Negara Singapura, penyokong rasmi acara itu.