LEBIH 1,300 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands sejak Rabu lalu, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
"Dalam tempoh dua hari lalu, tiga kes penyeludupan rokok yang tidak dibayar cukai dikesan di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Cara penyeludupan yang sama boleh digunakan bagi menyeludup bahan berbahaya seperti senjata atau bahan letupan masuk ke Singapura," kata ICA dalam satu kenyataan semalam.