14 penumpang dan anak kapal SIA cedera akibat gelora udara

SEJUMLAH 14 penumpang dan anak kapal syarkikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) cedera akibat gelora udara dalam perjalanan daripada Osaka ke Singapura pagi tadi.

Pesawat SQ615 itu mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 5.17 pagi dan kesemua yang cedera telah diperiksa oleh seorang doktor dan dibawa ke klinik transit di Terminal 2.

Jurucakap SIA tidak dapat memberi maklumat lanjut mengenai di mana dan bila gelora udara itu melanda pesawat tersebut.

SQ615 membawa 268 penumpang termasuk dua kanak-kanak kecil dan 13 anak kapal.

Mereka yang cedera mengalami kecederaan kepala dan leher. Beberapa orang juga dikatakan mengalami luka di tangan dan kaki. Salah seorang daripada mereka yang cedera telah dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.