Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

14 suspek penipu dan keldai wang disiasat polis

Mar 04, 2018 | 07:02 PM



SERAMAI 14 orang – enam lelaki dan lapan wanita – yang berusia antara 15 dengan 67 tahun kini disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes penipuan yang membabitkan lebih $380,000.



Ini menyusuli satu operasi dua hari yang berlangsung antara 28 Februari dengan 1 Mac lalu.



Suspek itu disiasat bagi kesalahan menipu atau pemindahan wang secara terlarang.



Menerusi satu kenyataan hari ini (4 Mac), polis berkata mereka akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan sedemikian dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat dengan penipuan.



Polis menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.



Ini termasuk:




  1. Jangan kongsi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, kata laluan sekali sahaja atau kod pengesahan SMS dengan sesiapa.




  2. Sebelum menjalankan sebarang urus niaga, cari tahu dahulu bagaimana laman web itu dapat melindungi anda atau bantu menyelesaikan sebarang pertikaian yang mungkin timbul.




  3. Berhati-hati dengan orang yang menjual barang pada harga yang sukar dipercayai. Periksa dahulu rekod penjual dengan membaca reviu tentang khidmat mereka atau hubungi orang yang pernah melanggani khidmat penjual tersebut.




  4. Hanya beli barang daripada peniaga yang berdaftar. Jika mereka memerlukan anda membuat bayaran dahulu, gunakan wadah membeli-belah yang hanya melepaskan bayaran anda kepada penjual selepas anda menerima barang yang dibeli itu.




  5. Kalau boleh, bayar apabila barang itu dihantar kepada anda.




  6. Buat temu janji untuk bertemu dengan penjual untuk mengesahkan ketulenan barang sebelum membuat bayaran.




  7. Walaupun penjual memberi anda salinan kad pengenalan atau lesen pemandu mereka untuk meraih kepercayaan anda, ia tidak semestinya milik mereka.



Dalam pada itu, polis berkata individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan penjenayah juga boleh disiasat dan didakwa di mahkamah.



Untuk mengelakkan daripada bersubahat dalam kes pemindahan wang terlarang, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan untuk menggunakan akaun bank mereka.



Untuk mendapatkan lebih banyak nasihat berhubung penipuan, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-722-6688 atau melungsuri laman web www.scamalert.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >