Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

15 majlis bandaran PAP naikkan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan mulai 1 Jun

Feb 17, 2017 | 02:43 PM



BAYARAN perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) di 15 majlis bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan dinaikkan mulai 1 Jun.



Kenaikan itu akan menjejas flat, kedai, pejabat, pasar dan gerai makanan masak HDB dalam kawasan majlis bandaran tersebut.



Dilaksana secara berperingkat sepanjang tempoh dua tahun, kenaikan peringkat pertama berkuat kuasa mulai 1 Jun dan berjumlah 50 sen hingga $9 setiap bulan bagi flat satu bilik hingga eksekutif HDB.



Pemilik dan penyewa hartanah komersial akan melihat kenaikan daripada 9 sen hingga 27 sen setiap meter persegi (psm) sebulan, manakala kenaikan bagi gerai pasar dan makanan antara $2.70 dan $23 sebulan.



Kenaikan peringkat kedua akan berkuat kuasa setahun kemudian, dengan pemilik flat HDB membayar 50 sen hingga $8 setiap bulan.



Pemilik dan penyewa hartanah komersial akan melihat kenaikan antara 5 sen hingga 21 sen psm sebulan, kenaikan bagi gerai pasar dan makanan antara $2.50 dan $17.50 sebulan.



Bagaimanapun, bayaran yang dikenakan oleh setiap majlis bandar berbeza dan notis individu mengenai kadar baru akan dihantar kepada penduduk.



Majlis bandaran itu ialah Ang Mo Kio, Bishan-Toa Payoh, Chua Chu Kang, East Coast-Fengshan, Holland-Bukit Panjang, Jalan Besar, Jurong-Clementi, Marine Parade, Marsiling-Yew Tee, Nee Soon, Pasir Ris-Punggol, Sembawang, Tanjong Pagar, Tampines dan West Coast.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang pada Jumaat (17 Feb), ia berkata kenaikan itu sejejar dengan kenaikan kos penyenggaraan, yang termasuk pembersihan serta kawalan serangga perosak dan vektor.



"Pelarasan ini akan membolehkan majlis bandaran PAP membangunkan Dana Terikat mereka untuk menggantikan lif lama, menjalankan penyenggaraan dan penggantian komponen kitaran penting, dan menjalankan Program Peningkatan Lif.



"Keperluan perbelanjaan dalam bidang-bidang ini penting dan akan terus bertambah sedang estet kita semakin tua," katanya.



Menurut kenyataan itu, majlis bandaran akan bekerjasama dengan Anggota Parlimen dan pertubuhan masyarakat untuk membantu penduduk yang menghadapi kesukaran membayar S&CC.



Pemerintah biasanya menyediakan rebat S&CC dalam belanjawan tahunan.



Encik Pritam Singh, pengerusi Majlis Bandaran Aljunied-Hougang yang dikendalikan Parti Pekerja (WP) berkata majlis bandaran itu akan membuat pengumuman mengenai sembarang perubahan bayaran apabila tiba masanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >