Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

17 orang diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan peranti penstriman terlarang

Oct 07, 2022 | 04:21 PM



EMPAT wanita dan 13 lelaki, berumur antara 24 dengan 61 tahun, telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan peranti penstriman terlarang bernilai kira-kira $500,000.





Polis berkata pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melakukan serbuan serentak di beberapa kedai runcit di pusat membeli-belah teknologi popular Sim Lim Square pada Selasa lalu.


Semasa operasi itu, lebih 2,500 set peranti penstriman haram, yang membolehkan pengguna mengakses kandungan tidak dibenarkan daripada sumber terlarang dalam talian, telah dirampas.

Siasatan polis sedang dijalankan.


Mereka yang didapati melanggar Akta Hak Cipta dengan membuat, berurusan, mengimport, mengedar atau menawarkan peranti atau perkhidmatan untuk mengakses karya tanpa kebenaran pemilik hak cipta boleh didenda sehingga $100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Polis menyatakan mereka memandang serius terhadap pelanggaran hak cipta intelek dan ingin mengingatkan orang ramai bahawa pengedaran dan penjualan peranti penstriman terlarang adalah kesalahan serius.


Pada Mei lalu, The Straits Times melaporkan bahawa kotak TV Android terlarang yang menawarkan akses kepada strim dalam talian atau kandungan cetak rompak telah dijual di Sim Lim Square, dengan sekurang-kurangnya tujuh kedai menjual kotak peranti itu.


Kebanyakan kotak itu juga didapati dijual di pasaran dalam talian Carousell, dengan penjual mendakwa bahawa barangan mereka adalah sahih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >