Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

18 wanita diberkas kerana tawar khidmat seks di apartmen privet, hotel

Dec 24, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 18 wanita telah diberkas kerana menawarkan khidmat seks di apartmen privet serta hotel, menurut polis semalam.



Wanita itu semua merupakan sebahagian daripada sekumpulan 23 wanita dan sembilan lelaki yang dicekup atas kesalahan melanggar beberapa undang-undang.



Divisyen Polis Central telah membuat tangkapan tersebut selepas menjalankan satu operasi selama lima hari yang bermula Isnin lalu di Jalan Besar, Rangoon Road, Sing Joo Walk, Race Course Lane, Beach Road, Stamford Road, Cross Street dan Kampong Bahru Road.



Polis telah menasihatkan pemilik hartanah dan hotel agar memastikan para penyewa tidak menjalankan kegiatan maksiat dalam kawasan mereka.



Operator rumah pelacuran yang tidak berlesen boleh dijel sehingga lima tahun dan/atau disaman sehingga $10,000.



Sesiapa yang meraih pendapatan atau sebahagian pendapatan daripada seorang pelacur boleh dipenjara sehingga lima tahun dan disaman sehingga $10,000.



Polis berkata mereka tidak akan bertolak ansur dalam membasmi kegiatan maksiat dan mereka yang didapati terlibat dalam tindakan itu akan dikenakan tindakan tegas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >