Seramai 181 orang kini dalam siasatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan peminjaman wang tanpa lesen.
Mereka yang berusia di antara 14 tahun dengan 77 tahun itu, ditahan selepas para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen polis darat menjalankan serbuan di merata negara di antara 10 Januari dengan 21 Januari.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu (22 Jan), polis berkata siasatan awal mendedahkan bahawa 15 suspek dipercayai melakukan gangguan di kediaman pemiutang manakala 28 lain dipercayai membantu dalam perniagaan peminjaman wang tidak berlesen dengan melakukan pemindahan menerusi mesin ATM.
Seorang suspek pula dipercayai memberi maklumat palsu kepada peminjam wang tidak berlesen, sekaligus menyebabkan gangguan di kediaman mangsa yang tidak bersalah.
Baki 137 suspek dipercayai telah membuka akaun bank dan menyediakan kad ATM, nombor pengenalan peribadi atau token perbankan Internet kepada peminjam wang tidak berlesen, tambah polis.