SEBANYAK 183 kes keracunan makanan telah dikaitkan dengan pastri durian popular yang disediakan bakeri Hotel Goodwood Park hingga kelmarin.
Dalam satu kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) semalam, ia memaklumkan lebih ramai orang telah tampil dan mengadu bahawa mereka juga mengalami keracunan makanan setelah memakan pastri durian itu.