19 didakwa atas penipuan insurans motor

SERAMAI 19 orang termasuk dua wanita telah diheret ke Mahkamah Daerah hari ini, Jumaat, atas dakwaan berkomplot untuk menipu syarikat-syarikat insurans dalam satu kes penipuan insurans.

Mereka menghadapi antara satu dengan 28 tuduhan setiap seorang.

Su Chia Ern, 44 tahun, yang dikenakan paling banyak tuduhan, didakwa membuat rancangan dengan beberapa orang untuk menipu NTUC dan Tenet Insurance.

Penipuan tersebut melibatkan syarikat-syarikat itu membayar tuntutan bagi kerosakan hartanah pihak ketiga dan tuntutan kecederaan tubuh badan dalam 2008 dan 2009.

Dia didakwa menipu dua syarikat itu untuk membayar hampir $270,000 dalam lapan kes penipuan melibatkan kemalangan.

Antara mereka yang turut didakwa termasuk sepasang suami isteri, Godfrey Liew Kok Hon, 39 tahun dan You Baolan, 26 tahun, warga China yang merupakan penduduk tetap Singapura (PR).

Liew didakwa bersubahat dengan Su, Pan Weida Pepin, 31 tahun, and Tan Eng Chui, 42 tahun, untuk menipu NTUC dengan menyerahkan maklumat peribadi beliau sebagai pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta yang lain.

Menerusi pemberian maklumat palsu itu, dia membuat NTUC membayar tiga tuntutan sejumlah $23,584.

You pula menghadapi satu tuduhan menipu hingga menyebabkan NTUC melaksanakan proses tuntutan kecederaan tubuh badan pihak ketiga sebanyak $21,795.

Dia menipu dengan menyatakan dia merupakan penumpang dalam kereta suaminya semasa kemalangan di Upper Thonson Road pada 22 April 2009 itu.

Pan dan Tan pula masing-masing menghadapi 16 dan dua tuduhan.

Kesemua kes sama ada ditetap bagi persidangan praperbicaraan pada 15 Januari depan atau ditangguh ke hari yang lain.

Jika didapati bersalah, setiap tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan/atau didenda atas kesalahan bersubahat dalam satu konspirasi untuk menipu.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.