Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

19 masjid tambah slot solat jemaah harian mulai 7 Oktober: Muis

Sep 30, 2020 | 04:35 PM



LEBIH banyak slot bagi menunaikan solat harian secara berjemaah di masjid akan ditawarkan di 19 masjid serata negara mulai 7 Oktober.



Slot di masjid seperti Masjid Sultan dan Masjid Darul Ghufran akan digandakan ke 100 daripada 50 sebelum ini, kata  Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam sidang media maya pada Rabu (30 September).



Muis turut mengumumkan bahawa ia sedang merintis menempatkan hingga 250 jemaah dalam lima zon di masjid tertentu bagi solat Jumaat.



Ini bagi membolehkan Muis mencapai sasaran menambah ruang solat Jumaat ke 30,000 slot setiap minggu, berbanding 15,225 kini.



Secara keseluruhan, sekitar 85,000 jemaah telah menghadiri solat Jumaat sejak ia dibenarkan disambung.



Kelas madrasah sambilan aLIVE juga akan disambung secara progresif dengan beberapa masjid merintis kelas secara bersemuka mulai pertengahan Oktober.



Muis berkata ia menyasarkan lebih banyak kelas aLIVE secara fizikal di masjid untuk disambung pada 2021. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >