Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1MDB: Singapura rampas "jumlah besar" akaun bank

Feb 02, 2016 | 08:01 AM



PIHAK berkuasa Singapura telah merampas "jumlah besar" akaun bank mengenai kemungkinan kesalahan pengubahan wang haram dan kesalahan lain berkaitan salah urus kewangan yang didakwa di firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Lembaga Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Ahad (31 Jan) mereka menyiasat kesalahan yang mungkin dilakukan itu sejak pertengahan tahun lepas.


"Singapura tidak bertolak ansur dalam soal penggunaan sistem kewangannya sebagai tempat perlindungan atau saluran bagi wang haram," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.


"Kami telah berusaha dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, wawancara pelbagai individu, dan merampas sejumlah besar akaun bank."


Kenyataan e-mel itu, sebagai respons pertanyaan media mengenai 1MDB, datang hanya beberapa hari selepas pihak berkuasa Switzerland meminta Malaysia meneruskan siasatan ke atas dana 1MDB.


The CAD dan MAS tidak mengulas lanjut apakah akaun bank yang disita ada kaitan dengan siasatan Switzerland ke atas 1MDB.


Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkata minggu lepas kira-kira AS$4 bilion ($ 5.7 bilion) mungkin telah dicuri daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.


Ia berkata pada Ahad ia tidak lama lagi akan menyerahkan "bukti penting" transaksi kewangan haram melibatkan syarikat Malaysia kepada Pejabat Peguam Negara di Kuala Lumpur, media Malaysia melaporkan.


"The OAG berharap rakan-rakan kami di Malaysia akan mengkaji bukti... dan memberi kami bantuan lanjut, sebagaimana kedua-dua peguam negara telah bersetuju September lepas," kata ketua bahagian maklumat OAG, Encik Andre Marty, dalam e-mel, menurut laman berita The Malaysian Insider.


Dalam kenyataan bersama mereka, CAD dan MAS berkata Singapura sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa relevanm, termasuk di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.


"Kami telah memberi respons kepada semua permintaan asing bagi maklumat dan telah meminta maklumat daripada rakan-rakan relevan untuk membantu dalam siasatan kami. Memandangkan siasatan masih berjalan, kami tidak dapat memberi maklumat lanjut pada peringkat ini," kata CAD dan MAS.


Julai lalu, polis Singapura berkata mereka telah mengeluarkan arahan untuk membekukan dua akaun bank Singapura baki kemungkinan kesalahan pengubahan wang haram berhubung siasatan 1MDB.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, 1MDB menegaskan sekali lagi bahawa ia kekal komited untuk "bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana kuasa dan penyiasatan sah, tertakluk pada nasihat daripada pihak berkuasa sah dalam negara yang relevan, dan mengikut protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut."


Firma itu juga mengulangi bahawa ia tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang asing mengenai sembarang perkara berkaitan syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >