Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 buku terakhir Cerita@Geylang Serai temui orang ramai

Jul 02, 2023 | 06:45 PM



Dua buku terakhir dari siri lima buku ‘Cerita@Geylang Serai’ telah dilancarkan, dengan harapan “suara dan warisan” tempat bersejarah orang Melayu itu akan terus diperkatakan sepanjang masa.

Buku dwibahasa itu berjudul Geylang Serai – Pancaran Budaya Melayu (The Beam of Malay Culture) ditulis oleh mantan wartawan Berita Harian (BH), Cik Dewani Abbas dan Geylang Serai – Menerobos Sempadan Masa (Breaking Through the Barriers of Time oleh Encik Djohan A. Rahman seorang pendidik.


Siri itu diterbitkan oleh Wisma Geylang Serai dan Seni dan Budaya Melayu Kreatif (CMAC) dan mengandungi kisah sejarah Geylang Serai, keistimewaan dan pengalaman yang telah membentuk kawasan itu serta keunikannya kepada perkembangan dan kemajuan Singapura.

Sesi pelancaran dan bertemu penulis di Lembaga Perpustakaan Negara pada Sabtu, dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

“‘Cerita@Geylang Serai’ bukan hanya tentang sebuah buku tetapi sebaliknya sebagai tingkap ke dalam permaidani hidup, budaya dan sejarah yang hidup di dalam hati Geylang Serai.

“Buku-buku ini berfungsi sebagai wadah untuk tradisi, kenangan dan impian yang memastikan suara dan warisan Geylang Serai terus berkembang dan bergema sepanjang masa,” kata Dr Maliki.

Buku pertama dalam siri itu, Geylang Serai – Dalam Terowong Masa (Through the Tunnel of Time), ditulis oleh sasterawan Cik Rasiah Halil dan dilancarkan pada September 2021, manakala buku kedua, Geylang Serai Gelanggang Perniagaan Orang Melayu (Business Arena of the Malays), juga tulisan Cik Dewani. Buku ketiga, Geylang Serai – Menyusuri Alur Kenangan (A Path of Reminiscence) adalah tulisan Encik Djohan dan dilancarkan pada Oktober 2022.


Buku keempat, The Beam of Malay Culture, berkongsi tentang perkembangan budaya Melayu sepanjang zaman.


Geylang Serai – Pancaran Budaya Melayu berdasarkan beberapa kajian, seperti buku terdahulu, mengenai Geylang Serai dan juga daripada laporan lalu di akhbar dan pengalaman peribadi saya sendiri sebagai seorang gadis muda yang sering mengunjungi tempat itu untuk ke pasar, membeli-belah dan bermain,” kongsi Cik Dewani, yang kini bertugas sebagai penyunting sambilan bersama BH.


Beliau menambah bahawa buku itu penting untuk golongan muda Melayu kerana Geylang Serai merupakan pusat masyarakat Melayu yang terkenal dari segi cara hidup seperti warisan, budaya dan cara hidup kampung.

“Adalah baik untuk berkongsi kenangan ini dengan anak-anak kita dan menggalak mereka menghargai adat dan budaya tradisional yang diamalkan oleh ibu bapa atau datuk nenek mereka supaya mereka dapat membawanya, seperti kenduri bersama jiran, menghargai pakaian tradisional Melayu, seperti baju kurung, dan aktiviti kebudayaan Melayu lain, seperti silat, dikir barat dan bermain kompang,” katanya.

Oleh itu, kira-kira 150 naskhah setiap buku itu boleh didapati di semua perpustakaan kejiranan, manakala Pusat Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan (MOE) pula akan mencetak 1,000 naskhah setiap tajuk untuk dikongsi dengan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Geylang Serai – Menerobos Sempadan Masa pula menggambarkan bagaimana Geylang Serai merupakan lokasi berjemaah untuk majlis perkahwinan dan sukan Melayu pada zaman dahulu.


“Tema bagi buku edisi kelima ini ialah kawasan perjumpaan orang ramai. Dahulu, sememangnya kawasan ini berfungsi sebagai pusat pertemuan pelbagai aktiviti.

“Maka saya menjurus pada Dewan Serba Guna PERSES yang terletak bersebelahan pasar Geylang Serai (lama) dan Dewan Singgahsana yang terletak di Perkampungan Melayu.

“Kedua-dua dewan itu sudah tidak lagi berada di tempat asalnya, maka buku ini juga berfungsi sebagai dokumen yang bersifat historiografi,” kata Encik Djohan, seorang guru.

Encik Djohan berharap pembaca dapat memahami rutin kehidupan zaman silam di kawasan itu yang kini membentuk jati diri Geylang Serai.

DAHLIA ZULKIFLI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >