Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 cedera dalam nahas beberapa kenderaan di TPE

Oct 29, 2017 | 07:15 PM



Dua orang dikejarkan ke   hospital selepas terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe  Tampines (TPE) pada Khamis (26 Okt).



Kemalangan itu melibatkan sekurang-kurangnya tiga penunggang motosikal dan dua kereta, termasuk sebuah teksi CityCab, seperti yang dilihat dalam rakaman kamera dalam kereta yang dipos  di laman Facebook Roads.sg pada  Ahad (29 Okt).



Dalam video tersebut, sebuah kereta  Honda merah tidak sempat  berhenti lalu merempuh bahagian belakang   teksi itu.



Dua penunggang motosikal juga terlibat dalam kemalangan itu,  sementara seorang lagi hilang imbangan lalu  terjatuh.



Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan untuk bantuan ambulans sekitar 8.50 pagi, di  TPE arah ke Lapangan Terbang Changi sebelum jalan susur keluar   Elias Road, menurut laporan dalam talian akhbar The Straits Times.



Ambulans dihantar dan dua orang dibawa ke Hospital Besar  Changi, kata jurucakap SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >