Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 warga Nigeria didakwa kerana komplot cinta rentas sempadan

May 14, 2019 | 04:58 PM



 





DUA lelaki dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (14 Mei) kerana bersubahat dalam komplot cinta melalui Internet yang merentas sempadan, antara 2017 dengan tahun lalu.



Dalam kenyataannya pada malam Isnin, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata ini adalah kali pertama suspek yang berpangkalan di luar negara dan terlibat dalam penipuan, ditangkap dan dihantar ke Singapura untuk menghadapi tuduhan.



Warga Nigeria  Oladayo Opeyemi Awolola, 34 tahun dan Gbolahan Ayobami Awolola, 37 tahun, masing-masing didakwa satu tuduhan bersubahat dengan pihak lain untuk menerima barangan yang dicuri.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada mereka bertalian darah.



Pasangan itu, yang disyaki terlibat dengan sindiket dari Afrika, didakwa mengambil dua perempuan warga Singapura sebagai penyeludup wang atau money mule, bagi menerima wang hasil kegiatan menipu itu.



Kededua perempuan itu didakwa menerima sekurang-kurangnya $85,700 daripada mangsa di Singapura, sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada anggota sindiket di Malaysia.



Dalam kenyataannya, SPF berkata penyiasat dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) mengadakan siasatan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis DiRaja Malaysia (RMP) dan berjaya mengenal pasti kededua warga Nigeria itu.



Polis Malaysia menangkap dua lelaki itu di Kuala Lumpur pada 16 April dan mereka dibawa ke Singapura pada Isnin.



 Menurut SPF, terdapat 660 kes yang dilaporkan berkenaan penipuan cinta merentas sempadan di Internet tahun lalu. Mangsa di Singapura ditipu sekurang-kurangnya $27.5 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >