Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 warga Singapura dituduh di Adelaide berkaitan wang hasil jenayah

Dec 06, 2016 | 03:04 PM



DUA warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide, Australia, berkaitan wang hasil jenayah, selepas mereka didapati membawa A$520,450 ($550,649) di Lapangan Terbang Adelaide.



Dua lelaki itu, kedua-duanya berusia 34 tahun, digagalkan oleh anjing Pengesan Wang Tunai dan Dadah (CADD) Polis Persekutuan Australia (AFP) bernama Utana pada Ahad (4 Disember), lapor AFP dalam laman webnya.



Anjing itu mendekati salah seorang daripada mereka di kawasan daftar masuk. Selepas memeriksa bagasinya, polis menemui A$250,000.



Lelaki kedua kemudian dikenal pasti, dan $270,450 ditemui dalam begnya.



Mereka ditahan dan didakwa berurusan dengan wang yang disyaki sebagai hasil jenayah.



Kesalahan ini membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun.



Pemangku Komander Polis Lapangan Terbang Adelaide AFP Gavin Stone berkata Utana memainkan peranan penting dalam penyitaan itu.



"Ini rampasan wang tunai terbesar yang dikesan oleh salah satu daripada anjing kami di Lapangan Terbang Adelaide," katanya.



Pelancongan diingatkan supaya mengisytiharkan jika mereka membawa lebih A$10,000 dalam mata wang Australia atau sama jumlahnya dengannya sebelum meninggalkan Australia, kata AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >