Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 saintis Singapura dalam senarai penyelidik paling berpengaruh di dunia

Jan 15, 2016 | 10:29 AM



SERAMAI 20 saintis Singapura berjaya memasuki senarai kira-kira 3,000 penyelidik terkemuka dunia - tanda usaha penyelidikan dan pembangunan republik itu semakin berbaloi.


Laporan Minda Saintifik Paling Berpengaruh Dunia 2015 itu dikeluarkan pada Khamis oleh cabang Harta Intelek (IP) dan Sains syarikat media dan maklumat Thomson Reuters.


Ia menyenaraikan mereka yang telah menerbitkan jumlah tertinggi kertas penyelidikan yang dipetik secara meluas, daripada lebih 120,000 kertas kerja yang diterbitkan 2003-2013 yang dinilainya.


Sebelas daripada saintis Singapura itu dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan lapan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU)


Mereka dari pelbagai bidang, daripada biologi bidang kepada kejuruteraan.


Seorang saintis dari Institut Genom Singapura, di bawah Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A * Star), menggenapkan jumlah itu kepada 20 orang.


Bilangan rekod itu melebihi jumlah rekod sebelum ini, 13 penyelidik Singapura, yang disenarai dalam laporan 2014.


Amerika Syarikat dan Britain mempunyai jumlah tertinggi saintis yang disenaraikan dalam laporan tersebut, dengan hampir separuh daripada saintis itu bergabung dengan institusi berpangkalan di Amerika.


Dua penyelidik NTU - Profesor David Lou dan Profesor Zhang Hua - juga berjaya memasuki senarai 19 penyelidik "hot", kerana menghasilkan sekurang-kurangnya 14 kertas kerja yang dipetik dengan meluas dari 2012 hingga 2014.


Profesor Luo dan Profesor Zhang masing-masing ditabngga kelapan dan ke-12 dan merupakan satu-satunya saintis dari Asia dalam senarai tersebut, yang dikuasai pakar dari Institut Broad MIT dan Harvard, sebuah institut penyelidikan di Massachusetts.


Thomson Reuters menganggarkan terdapat kira-kira sembilan juta penyelidik di dunia, yang menghasilkan lebih dua juta laporan setiap tahun.


Berita tentang kelakonan baik Singapura dalam laporan itu datang setelah pemerintah mengumumkan minggu lalu jumlah rekod $19 bilion bagi penyelidikan dan pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang di bawah Rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >