Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

200 pekerjaan di pameran kerjaya The Patina, Capitol Singapore

Apr 24, 2015 | 06:22 PM



SERAMAI 200 orang bakal diambil berkerja di pameran kerjaya atau Career Open Day anjuran hotel The Patina, Capitol Singapore yang diadakan di bangunan bersejarah Capitol (Galleria Annex) esok (25 April) dari 10 pagi hingga 6 petang.


Pekerjaan yang ditawarkan termasuk dalam bidang kejuruteraan, kewangan, F&B,dan serta perkemasan (housekeeping).


Pemimpin yang berpengalaman serta pakar-pakar turut hadir untuk membincangkan peluang-peluang kerjaya dengan calon-calon yang berminat.


Calon-calon dikhendaki menyempurnakan penilaian dalam talian yang berasaskan kebolehan mereka dan jika sesuai mereka akan diberikan tawaran dengan segera.


Hotel tersebut yang bakal membuka tirainya pada suku ketiga 2015 bakal menjadikan perekrutan segera yang terbesar yang pernah diadakan sebuah hotel mewah sejak kebelakangan ini.


Yang paling menarik, hotel tersebut ingin mencari calon pekerja yang mempunyai semangat Singapura-dari segi budaya, makanan, warisan dan lain-lain.


Ini kerana setiap anggota bakal menjadi duta trademark hotel tersebut, iaitu khidmat Patina 360º Concierge™.


Dalam khidmat ini, kesemua perkerja dikehendaki untuk memberi khidmat yang terbaik kepada kesemua tetamu hotel tersebut.


Pada tahun jubili Singapura, The Patina, Capitol Singapore ingin meraikan aset paling unik negara kita iaitu bakat serta semangat rakyat Singapura.


Oleh itu, salah satu keutamaan hotel tersebut adalah untuk untuk membangunkan pasukan khusus yang berbakat yang mampu berkhidmat dengan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >