Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2015 antara tahun paling panas dalam sejarah Singapura

Mar 22, 2016 | 11:57 AM



Tahun lalu antara tahun paling panas dalam sejarah Singapura, menurut Laporan Penilaian Iklim Tahunan sulung, yang pertama kali dikeluarkan Perkhidmatan Kajicuaca Singapura (MSS) pada Selasa (22 Mac).



Suhu tahunan purata 28.3 darjah Celcius - melebihi suhu purata iklim sebanyak 0.8 darjah Celcius - pada 2015 mengatasi tahun-tahun lain, kecuali 1997 dan 1998, yang mencatatkan suku purata sama, kata MSS.



Singapura mengalami suhu lebih panas daripada biasa bagi semua bulan tahun lalu, kecuali Februari. Rekod bulanan baru juga tercipta, dengan Julai, Oktober, November dan Disember merupakan bulan paling panas.



MSS menambah bahawa trend pemanasan di Singapura diperhatikan telah berlaku selama beberapa dekad - kenaikan purata 0.25 darjah Celcius pada setiap dekad dari 1948 hingga 2015 ialah lebih dua kali (0.12 darjah Celcius) kadar pemanasan global dalam tempoh yang sama.



"Trend ini diperhatikan disusuli penambahan dalam bilangan hari panas (hari dengan suhu melebihi 34.1 darjah Celcius) dan malam panas di Singapura, yang berlaku berlatarbelakangkan kepelbagaian iklim dari tahun ke tahun, kebanyakannya berkaitan dengan El Nino dan La Nina," ujar perkhidmatan itu.



Tahun lalu juga tahun kedua paling kering dalam rekod, dengan hanya 1,266mm hujan direkodkan.



Tahun paling kering ialah 1997.



Namun, keadaan El Nino sekarang, yang bermula pada pertengahan 2015 dan memuncak pada Disember, kian lemah dan dianggar terus lemah apabila ia beralih kepada keadaan neutral pada pertengahan tahun ini.



Keadaan lebih panas, bagaimanapun, masih boleh dijangka dalam satu atau dua bulan akan datang. Suhu purata bulanan mungkin jauh lebih tinggi daripada purata jangka panjang.



MSS amaran kepada orang ramai supaya bersedia menghadapi hari panas dengan suhu maksimum harian antara 33 dan 35 darjah Celcius.



Memandangkan suhu lebih panas dan keadaan lebih kering dan lebih lembab boleh berlaku lebih kerap di Singapura, MSS juga melancarkan aplikasi mudah alih cuaca percumanya, Weather@SG.



Ia boleh dimuat turun dari pple App dan Android Play stores.



Weather@SG akan menyediakan pengguna akses kepada ramalan nasional, pemerhatian serta amaran dan nasihat terkini, kata MSS.



Laporan penilaian iklim itu dan Weather@SG dikeluarkan sempena Hari Kajicuaca Sedunia, yang jatuh pada 23 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >